expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Bisnes Free Join Tanpa Modal

Monday 10 June 2013

(GOSIP)Pertunangan Elly Mazlein & Azmi Hatta Tidak Dapat Diselamatkan Lagi



elly mazlein
Selama ini, Elly Mazlein seringkali enggan memberikan sebarang komen mengenai status pertunangannya dengan Azmi Hatta yang telah pun mencecah 2 tahun. Semalam menerusi Pancaindera di dalam ruangan Miss J, dikhabarkan bahawa pertunangan mereka berdua sudah pun berakhir dan impian membina mahligai perkahwinan sudah berkecai.

Menurut apa yang ditulis oleh Miss J, Elly dan Hatta terpaksa korbankan perasaan hati sendiri demi menjaga hati banyak pihak. Lebih baik jangan bersatu kerana perkahwinan yang dibina bakal membuatkan satu lagi pihak terasa hati. Malah menurut Miss J, Elly merupakan seorang wanita yang kuat cemburu dan tidak boleh melihat tunangnya dihimpit oleh wanita lain.
elly mazlein
Tidak diketahui benar atau palsu berita ini. Jika benar, takziah Abang Nara ucapkan. Pasti Elly sedang sedih dan kecewa. Iyerlah, wanita mana yang tidak mahu bergelar isteri. Insya Allah suatu hari nanti Elly akan bertemu juga dengan lelaki yang paling sesuai dengannya. Sama-samalah kita doakan.

No comments:

Post a Comment